Usahawan kedua yang saya pilih ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandes.
Nama: Tan Sri Tony Fernandes
Umur: 50 tahun
Tarikh Lahir: 30 April 1964
Asal: Kuala Lumpur
Jawatan: Pengasas “Tune Air Sdn Bhd”
Beliau ialah seorang usahawan dari Malaysia dan
pengasas “Tune Air Sdn Bhd”, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah
kepada penduduk Malaysia dengan slogannya iaitu “semua orang mampu naik kapal
terbang”. Beliau mencapai kemasyhuran
sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat yang sakit kepada
sebuah syarikat awam yang cemerlang dengan bermodalkan RM1. Beliau juga berperanan dalam pencapaian
persetujuan- persetujuan langit terbuka dengan Negara Thailand, Indonesia dan Singapura
apabila beliau meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Negara-negara tersebut telah
bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat- syarikat
penerbangan tambang rendah yang lain atas permintaan tersebut.
Latarbelakang
Beliau ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis
Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibu bapa beliau ialah Dr.
Stephen Edward Fernandes dan Ena Dorothy Fernandes. Beliau sentiasa mengikut
ibunya, seorang yang peniaga ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Seterusnya,
beliau mendapat ijazah university daripada London School of Economies pada
tahun 1987. Beliau berkerja sementara di
Virgin Airlines sebagai Juruaudit. Beliau menjadi pengawal kewangan kepada
Virgin Records, sebuah syarikat Richard branson di London dari tahun 1987
sehingga tahun 1989. Seterusnya, beliau menjadi pengarah urusan yang termuda di
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd apabila kembali ke Malaysia pada umur 27. Seterusnya,
beliau menjadi naib presiden wilayah asia tenggara selatan bagi Kumpulan Warner
Music pada tahun 1992 sehingga 2001. Fernandes meninggalkan syarikatnya pada
masa Time Warner Inc bergabung dengan America Online. Beliau telah mengejarkan
impiannya iaitu menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah tetapi
permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Latarbelakang
Pelancaran AirAsia
Beliau mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir
pada Oktober, 2001 melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas ketua setiausaha Kementerian
Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Semasa itu, AirAsia merupakan
sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat
kerajaan Malaysia telah mengalami kesulitan disebabkan oleh tanggungan hutang
yang tinggi. Kerajaan Malaysia mencuba menjual kepada pelabur-pelabur tanpa
apa-apa kejayaan. Oleh itu, Dr.Mahathir telah menasihati Fernandes supaya
membeli syarikat penerbangan yang sedia ada daripada menubuhkan sendiri. Selepas
itu, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpananya untuk
membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia hanya
mempunyai dua buah kapal terbang Boeing dan hutang sebanyak RM 40 juta.
Peristiwa
pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa
yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan,
menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi
"gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi
menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan
menjadi muflis.
Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan
hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang
baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa
yang pendek.
Tawaran sahamnya (IPO)
pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130
peratus.
Fernandes berasa
bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat.
Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang
telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh
didapati pada masa itu, disebabkanpemberhentian
pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya
bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya
mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat.
Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang
juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang
bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah
penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang
penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk
Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.
Pencapaian dan Anugerah
Tan Sri Fernandes
telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
- "Siri Pengkhayal-Pengkhayal
dan Kepimpinan" (Visionaries
& Leadership Series) oleh International Herald Tribune,
sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang
cemerlang di syarikat AirAsia;
- "Ketua Syarikat Malaysia bagi
Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga
kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times.
Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan
dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin
syarikat-syarikat Malaysia;
- "Pengusaha Baru Malaysia Yang
Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year -
Malaysia 2003) pada tahun 2004;
- "25 Bintang Asia" (25
Stars of Asia) oleh Business Week pada
tahun 2005.
No comments:
Post a Comment