Definisi
keusahawanan dan usahawan yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat:
Tahun Definisi
•
Pada
tahun 1775 Richard Cantillon
- Usahawan ialah
seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza dari orang yang mengeluarkan
modal
• Pada tahun 1794 Beaudau
- Usahawan ialah seseorang yang menanggung
risiko, membuat perancangan, penyeliaan dan pasaran.
• Pada tahun 1803 Jean Baptisle Say
- Usahawan ialah
individu yang mengurus firma atau organisasi untuk pengeluaran dan pasaran.
• Pada tahun 1934 Jean Scumpeter
- Usahawan ialah
seseorang yang berinovatif dan mampu mengembangkan teknologi yang belum pernah
dicuba sebelum ini.
• Pada tahun 1961 David McClelland
- Usahawan ialah
seseorang yang mengambil risiko secara sederhana
• Pada tahun 1964 Peter Drucker
- Usahawan ialah
individu yang memaksimumkan peluang yang ada.
• Pada tahun 1970 Hornaday dan Bunker
- Usahawan yang berjaya ialah individu yang
memulakan perniagaan , membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat
keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.
• Pada tahun 1972 Draheim
- Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan
sesebuah syarikat baru. Syarikat baru ini diurus dan diselia oleh individu yang
bernama usahawan.
• Pada tahun 1974 Joseph Scumpeter
- Keusahawanan
menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat ramalan, keputusan dan
inovasi.
• Pada tahun 1975 Albert Shapero
- Usahawan mengambil
inisiatif mengatur mekanisma sosial dan ekonomi serta menerima risiko
kegagalan.
• Pada tahun 1985 Robert Hisrich
- Keusahawanan ialah
proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang berlainan, mengalami masalah
kewangan,gangguan psikologi dan risiko sosial serta menerima imbuhankewangan
dan mencapai kepuasan diri.
No comments:
Post a Comment