Friday, 19 September 2014

Pengenalan kepada usahawan
Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan. Usahawan adalah seorang  mengesan peluang –peluang perniagaan yang ada sekelilingnya, membawa peluang-peluang tersebut dengan lebih berinovasi dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era “free entreprise”. Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988), usahawan adalah seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya.
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), usahawan adalah seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Selain itu, usahawan adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat proses perniagaan.
Pengenalan kepada keusahawanan
Menurut Peter F. Drucker, keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), keusahawanan adalah suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan. Histrich dan Peter (1988) mendefinasikan keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan dan individu terpaksa menanggung risiko besar di dalam “equity”, masa dan komitmen kerjaya.
Selain itu, keusahawanan mempunyai empat aspek asas iaitu keuasahawanan memerlukan kesetiaan terhadap masa serta usaha yang dilakukan, keusahawanan menerima banyak ganjaran seperti kebebasan,keuntungan dan kepuasan peribadi apabila menjadi seorang usahawan, keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam perniagaan, dan keusahawan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru.
Evolusi keusahawanan
Perkataan “entrepreneur” berasal dari perkataan bahasa perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasda melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.
Pada zaman permulaan, definasi keusahawan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan ahli kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis adalah penanggung risiko yang pasif iaitu mereka tidak mengambil risiko seperti pedagang.  Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Apabila pedagang Berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan di antara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan, usahawan merupakan sebagai seorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Usahawan hanya mengawal projek tersebut dengan menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Pada zaman ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko dan hanya seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
Pada abad ke 17, usahawan mula mengambil risiko dalam perniagaannya. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah ditetapkan. Oleh itu, kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh ushawan. Menurut Richard Cantillion, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Pada Abad ke 18, usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital. Ini berlaku kerana perkembangan industri dan penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contohnya, Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna capital bukan pembekal modal.
Pada abad ke 19 dan 20, usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, usahawan dikenali sebagai mencipta idea, produk, dan teknologi dengan perubahan baru. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan produk baru, sistem pengagihan baharu dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baru. Keupayaan untuk membuat inovasi merupakan satu kelebihan yang dimiliki oleh usahawan yang akan membezakan mereka daripada orang lain yang bukan usahawan. Keupayaan usahawan dapat dilihat melalui pembinaan piramid daripada ketulan batu di Mesir.
Pada abad ke 21, usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran free enterprise. Usahawan pada abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. keusahawanan pada abad ini sudah semestinya adalah lebih mencabar akibat kecanggihan teknologi. Persaingan akan menjadi lebih sengit manakala masalah dan tuntutan pekerja juga lebih kompleks. Para pekerja akan bersikap lebih mendesak dan sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah, mengadu kepada kesatuan atau mungkin meletak jawatan dan menyertai syarikat pesaing.
Kesimpulannya, Masa Depan keusahawanan akan pertumbuhan dengan perkembangan teknologi. Teknologi moden dan internet telah bertambah baik dengan cara-cara mengendalikan perniagaan. Usahawan kini mempunyai kemewahan meletakkan idea perniagaan mereka ke dalam tindakan melalui klik butang.



No comments:

Post a Comment