Monday, 29 September 2014



Usahawan ketiga yang saya pilih ialah:
Syed Mokthar Al- Bukhary

Nama: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Nor Al-Bukhary
Umur: 63
Tarikh lahir: 1951
Asal: Alor Setar, Kedah
Jawatan: Pengasas Yayasan Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya diMalaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara.

Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.


Latar belakang

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.
Seterusnya, bapanya keThailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baruhingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.
Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.

Latar belakang kerjaya awal

Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikatPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.

Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan.
 Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat diSeberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.


Kerja kebajikan

Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islambernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah danPerak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan,Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib CanselorUSM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar. 

Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.
Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik,Batu Kikir.
Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilaldan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.
Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.


                      


Usahawan kedua yang saya pilih ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandes.

Nama: Tan Sri Tony Fernandes

Umur: 50 tahun

Tarikh Lahir: 30 April 1964

Asal: Kuala Lumpur

Jawatan: Pengasas “Tune Air Sdn Bhd”


Beliau ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas “Tune Air Sdn Bhd”, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya iaitu “semua orang mampu naik kapal terbang”.  Beliau mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang dengan bermodalkan RM1.  Beliau juga berperanan dalam pencapaian persetujuan- persetujuan langit terbuka dengan Negara Thailand, Indonesia dan Singapura apabila beliau meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat- syarikat penerbangan tambang rendah yang lain atas permintaan tersebut.


Latarbelakang

Beliau ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibu bapa beliau ialah Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ena Dorothy Fernandes. Beliau sentiasa mengikut ibunya, seorang yang peniaga ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Seterusnya, beliau mendapat ijazah university daripada London School of Economies pada tahun 1987. Beliau  berkerja sementara di Virgin Airlines sebagai Juruaudit. Beliau menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard branson di London dari tahun 1987 sehingga tahun 1989. Seterusnya, beliau menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd apabila kembali ke Malaysia pada umur 27. Seterusnya, beliau menjadi naib presiden wilayah asia tenggara selatan bagi Kumpulan Warner Music pada tahun 1992 sehingga 2001. Fernandes meninggalkan syarikatnya pada masa Time Warner Inc bergabung dengan America Online. Beliau telah mengejarkan impiannya iaitu menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah tetapi permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.



Latarbelakang Pelancaran AirAsia


Beliau mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001 melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas ketua setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Semasa itu, AirAsia merupakan sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia telah mengalami kesulitan disebabkan oleh tanggungan hutang yang tinggi. Kerajaan Malaysia mencuba menjual kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh itu, Dr.Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangan yang sedia ada daripada menubuhkan sendiri. Selepas itu, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpananya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia hanya mempunyai dua buah kapal terbang Boeing dan hutang sebanyak RM 40 juta. 

Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian.  Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek.

 Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkanpemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat.

 Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.



Pencapaian dan Anugerah
Tan Sri Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
  • "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
  • "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
  • "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
  • "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.




Saturday, 27 September 2014

DATO' MOKHZANI BIN MAHATHIR



 Tan Sri Datuk Mokhzani bin Tun Dr Mahathir (lahir Januari 1961 ) adalah anak kedua Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah . Seperti adiknya Mukhriz , Mokhzani adalah seorang ahli perniagaan dan telah memainkan peranan yang aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO ), dan pada satu masa berkhidmat sebagai Wing bendahari Pemuda . Sehingga 2006, Mokhzani adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah, tetapi telah terjalin tidak aktif dalam aktiviti politiknya. Pada bulan Mei 2008, dia mengikuti jejak langkah bapanya untuk berhenti UMNO, selepas 22 tahun sebagai ahli cawangan Sungai Layar dan hujung UMNO.
Mokhzani telah disenaraikan sebagai orang ke-14 terkaya di Malaysia oleh Forbes Asia dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS $ 685,000,000 pada tahun 2012. Mokhzani juga merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.
Dato ' Mokhzani bin Mahathir  telah dilantik sebagai Pengarah Maxis pada 16 Oktober 2009. Beliau memulakan kerja pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad dan meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mengejar peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad (tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , beliau menceburi pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) , pengerusi THB Industries Berhad ( elektronik ) dan pengerusi eksekutif kumpulan Tongkah Holdings Berhad ( minyak dan gas , kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 beliau saw melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Pada masa ini beliau portfolio pelaburan termasuk perniagaan dalam teknologi maklumat, minyak dan gas sokongan perkhidmatan, kejuruteraan struktur keluli dan fabrikasi, sektor automotif dan pembangunan hartanah. Beliau adalah seorang pengarah bukan eksekutif bebas dan eksekutif naib pengerusi SapuraKencana Petroleum Berhad. Melalui syarikat induk peribadinya, Kencana Capital Sdn. Bhd. , Beliau mempunyai pelaburan dalam IT, hartanah dan perniagaan lain.
 Beliau kini merupakan Pengerusi Sepang International Circuit Sdn. Bhd dan  menjadi tuan rumah Kejohanan FIA Formula One World . Beliau juga berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas dan Pengerusi Opcom Holdings Berhad.
Beliau adalah seorang jurutera petroleum yang bertauliah. Ia mengejar pelajaran ke peringkat ijazah di University of Tulsa , Oklahoma di Amerika Syarikat , di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Petroleum.Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan dan Skim Opsyen Saham Kakitangan (" ESOS") dan adalah ahli Jawatankuasa Audit dan Pencalonan.
                                                                 



Sunday, 21 September 2014

 Definisi keusahawanan dan usahawan yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat:
 Tahun Definisi
Pada tahun 1775   Richard Cantillon
- Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza dari orang yang mengeluarkan modal
 • Pada tahun 1794 Beaudau
-  Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko, membuat perancangan, penyeliaan dan pasaran.
 • Pada tahun 1803 Jean Baptisle Say
- Usahawan ialah individu yang mengurus firma atau organisasi untuk pengeluaran dan pasaran.
• Pada tahun 1934 Jean Scumpeter
- Usahawan ialah seseorang yang berinovatif dan mampu mengembangkan teknologi yang belum pernah dicuba sebelum ini.
• Pada tahun 1961 David McClelland
- Usahawan ialah seseorang yang mengambil risiko secara sederhana
 • Pada tahun 1964 Peter Drucker
- Usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang yang ada.
• Pada tahun 1970 Hornaday dan Bunker
 - Usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan , membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.
 • Pada tahun 1972 Draheim
 - Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat baru. Syarikat baru ini diurus dan diselia oleh individu yang bernama usahawan.
• Pada tahun 1974 Joseph Scumpeter
- Keusahawanan menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat ramalan, keputusan dan inovasi.
• Pada tahun 1975 Albert Shapero
- Usahawan mengambil inisiatif mengatur mekanisma sosial dan ekonomi serta menerima risiko kegagalan.
• Pada tahun 1985 Robert Hisrich

- Keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang berlainan, mengalami masalah kewangan,gangguan psikologi dan risiko sosial serta menerima imbuhankewangan dan mencapai kepuasan diri.

Friday, 19 September 2014

Pengenalan kepada usahawan
Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan. Usahawan adalah seorang  mengesan peluang –peluang perniagaan yang ada sekelilingnya, membawa peluang-peluang tersebut dengan lebih berinovasi dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era “free entreprise”. Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988), usahawan adalah seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya.
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), usahawan adalah seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Selain itu, usahawan adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat proses perniagaan.
Pengenalan kepada keusahawanan
Menurut Peter F. Drucker, keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), keusahawanan adalah suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan. Histrich dan Peter (1988) mendefinasikan keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan dan individu terpaksa menanggung risiko besar di dalam “equity”, masa dan komitmen kerjaya.
Selain itu, keusahawanan mempunyai empat aspek asas iaitu keuasahawanan memerlukan kesetiaan terhadap masa serta usaha yang dilakukan, keusahawanan menerima banyak ganjaran seperti kebebasan,keuntungan dan kepuasan peribadi apabila menjadi seorang usahawan, keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam perniagaan, dan keusahawan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru.
Evolusi keusahawanan
Perkataan “entrepreneur” berasal dari perkataan bahasa perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasda melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.
Pada zaman permulaan, definasi keusahawan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan ahli kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis adalah penanggung risiko yang pasif iaitu mereka tidak mengambil risiko seperti pedagang.  Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Apabila pedagang Berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan di antara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan, usahawan merupakan sebagai seorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Usahawan hanya mengawal projek tersebut dengan menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Pada zaman ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko dan hanya seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
Pada abad ke 17, usahawan mula mengambil risiko dalam perniagaannya. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah ditetapkan. Oleh itu, kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh ushawan. Menurut Richard Cantillion, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Pada Abad ke 18, usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital. Ini berlaku kerana perkembangan industri dan penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contohnya, Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna capital bukan pembekal modal.
Pada abad ke 19 dan 20, usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, usahawan dikenali sebagai mencipta idea, produk, dan teknologi dengan perubahan baru. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan produk baru, sistem pengagihan baharu dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baru. Keupayaan untuk membuat inovasi merupakan satu kelebihan yang dimiliki oleh usahawan yang akan membezakan mereka daripada orang lain yang bukan usahawan. Keupayaan usahawan dapat dilihat melalui pembinaan piramid daripada ketulan batu di Mesir.
Pada abad ke 21, usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran free enterprise. Usahawan pada abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. keusahawanan pada abad ini sudah semestinya adalah lebih mencabar akibat kecanggihan teknologi. Persaingan akan menjadi lebih sengit manakala masalah dan tuntutan pekerja juga lebih kompleks. Para pekerja akan bersikap lebih mendesak dan sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka bersedia untuk mengambil tindakan yang lebih drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah, mengadu kepada kesatuan atau mungkin meletak jawatan dan menyertai syarikat pesaing.
Kesimpulannya, Masa Depan keusahawanan akan pertumbuhan dengan perkembangan teknologi. Teknologi moden dan internet telah bertambah baik dengan cara-cara mengendalikan perniagaan. Usahawan kini mempunyai kemewahan meletakkan idea perniagaan mereka ke dalam tindakan melalui klik butang.