Monday, 3 November 2014

Yayasan EMKAY


Yayasan EMKAY telah ditubuhkan pada tahun 2001. Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar telah menubuhkan Yayasan EMKAY. Matlamat EMKAY adalah membantu rakyat malaysia tanpa mengira bangsa, agama dalam sektor kesihatan, pendidikan, sukan, pembangunan dan lain-lain. Yayasan EMKAY telah membantu rakyat malaysia yang kurang berpendapatan supaya mereka dapat mengurangkan kesusahan mereka. Yayasan EMKAY telah mengadakan pelbagai program supaya matlamat mereka mencapai kepada rakyat yang mengalami kesusahan.

dalam sektor kesihatan:
- Yayasan EMKAY telah membina beberapa pusat hemodialisis di kawasan luar bandar.antaranya:
  pusat hemodialisis wan nong di batu gajah, perak.
  pusat hemodialisis felina banting, selangor
  pusat hemodialisis di alor setar, kedah

dalam sektor pendidikan pula,: 
-Yayasan EMKAY telah menubuhkan program "I-Learn" untuk membina kanak-kanak dan pelajar-pelajar ke arah pertumbuhan yang bersepadu dan  menyeluruh.
-Yayasan EMKAY juga telah mengadakan "Q4Kids" program dimana ianya membangunkan 150 tadika di negeri Selangor dan wilayah persekutuan.
- Yayasan EMKAY turut melibatkan diri dalam pembangunan perpustakaan sekitar negara Malaysia.
- yayasan EMKAY juga membina pusat penjagaan kanak-kanak di chow kit untuk membantu kanak-kanak di kawasan tersebut.

bantuan yang lain dibuat oleh Yayasan EMKAY:
- Membina tiga surau di perak dan selangor
- sumbangan kepada masjid dan dana haji
- bantuan kemanusiaan seperti sumbangan RM1 juta untuk tabung tsunami
- membina pusat sukan di johor dan pelbagai sumbangan ke arah pembangunan sukan dan acara olahraga        untuk tujuan amal.




Sunday, 2 November 2014

Masalah yang dihadapi oleh Usahawan baru di abad ke -21

menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. pelbagai dugaan dan rintangan perlu ditempuhi oleh usahawan untuk menjadi  seorang usahawan yang berjaya. tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. hanya individu yang tabah dan cekal mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini. tambahan pula, di zaman perkembangan teknologi masa kini,, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar disamping memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

masalah yang dihadapi oleh usahawan semasa perniagaan:

a) halangan dalaman 
    halangan dalaman adalah halangan yang wujud dalam diri usahawan itu sendiri atau dalam syarikat usahawan tersebut. menurut Zimmerer dan Scarborough, halangan dalaman merangkumi tiga halangan yang akan menjejaskan proses untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

- sikap 
sikap tidak yakin dengan keupayaan dan keebolehan usahawan untuk bersaing dengan pesaing terkenal di luar negara dan negara sendiri sering membantutkan hasrat usahawan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatannya di pasaran. apabila wujud sikap tidak yakin, ia akan menyebabkan usahawan tidak berani mengambil risiko untuk mengembangakan perniagaannya walaupun peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa sedia wujud.

- kekurangan maklumat
 ramai usahawan memasuki pasaran antarabangsa tanpa maklumat yang mencukupi terutama maklumat berkaitan dengan polisi, prosedur, sistem percukaian dan lain-lain maklumat yang sama. usahawan tidak memahami persekitaran perniagaan di negara yang dimasuki akibat kekurangan maklumat.

-masalah kewangan
kekurangan untuk mendapat pinjaman dari institusi tempatan atau luar negara sering menghantui usahawan tempatan. masalah ini timbul mungkin disebabkan rekod kewangan lepas yang buruk seperti terlalu banyak hutang, rekod pembayaran yang tidak baik atau prestasi semasa perniagaan yang kurang memberangsangkan.

b) faktor budaya 
budaya yang diamalkan oleh sesebuah negara berbeza dengan negara lain. perbezaan ini kadang kala menyebabkan seseorang usahawan itu gagal untuk memulakan perniagaan.

- bahasa
bahasa boleh dikategorikan kepada dua iaitu secara lisan dan bukan lisan. komunikasi dengan bahasa lisan sangat penting kerana bahasa yang digunakan di malaysia tidak sama dengan negara lain. salah faham mungkin akan terjadi jika bahasa yang digunakan disalahtafsirkan. iaiya akan memberikan kesan negatif kepada perniagaan usahawan.

- nilai dan adat resam
  nilai adalah kepercayaan seseorang individu yang akan membentuk gelagatnya. pelanggan di malaysia mempercayai produk yang dihasilkan oleh syarikat jepun sangat  berkualiti berbanding negara lain. ini secara tidak langsung akan menjejaskan peluang usahawan untuk menggalakkan pelanggan membeli produk yang dihasilkan oleh syarikat dari negara lain.
adat resam yang dipegang oleh sesebuah negara juga akan mempengaruhi perniagaan usahawan. di amerika syarikat, penduduknya mengamalkan minuman jus oren dan roti apabila bersarapan, manakala di malaysia, penduduknya lebih menggemari minuman kopi atau the tarik bersama nasi lemak atau roti canai.

- pendidikan 
tahap pendidikan bakal pelanggan akan mempengaruhi penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. tahap pendidikan di jepun dan negara laos sangat jauh jurangnya. jadi, hanya sesetengah pelanggan sahaja yang mampu membeli produk dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi yang dikeluarkan oleh syarikat usahawan kerana mereka mungkin tidak tahu atau takut untuk menggunakannya.

 

Thursday, 30 October 2014

Peranan usahawan dalam dunia perniagaan

1) Memenuhi Keperluan & Kehendak Masyarakat

Usahawan-usahawan memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat. Mereka akan memberi barangan mengikut permintaan pasaran.
Mereka menyediakan barang-barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Barangan kehendak seperti alat komunikasi, gajet dan makanan mewah turut disediakan untuk memenuhi kehendak di dalam diri yang menginginkan keseronokan.


2) Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi

Usahawan-usahawan yang ada, menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan ekonomi masyarakat. Dalam masa yang sama, mereka meningkatkan ekonomi negara.
Secara tidak langsung, usahawan-usahawan telah membantu ekonomi negara dengan pendapatan kasar jualan jutaan ringgit setahun.


3) Meningkatkan Taraf Hidup

Dengan barangan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan, ia membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia. Sebelum ini, kita tidak dapat menduduki rumah ala 'cluster', sekarang sudah ada usahawan yang menyediakannya.
Teknologi sekarang semakin maju. Sebagai contoh, terdapat 'touchscreen' untuk pengguna telefon bimbit. Pada hari ini, kita dapat menggunakannya kerana usahawan telah membantu merealisasikannya.

Kesimpulannya, usahawan yang ada, telah banyak membantu masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hidup menjadi mudah dan laju.

cara memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat malaysia


Konsep dan Definisi Budaya Keusahawanan


(Ahmad Berek 1979) menjelaskan bahawa seseorang usahawan akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan kejayaannya.
         Dia akan sentiasa memperbaiki mutu kerjanya dari segi kuantiti untuk mengatasi kebolehan dan keupayaan orang lain. Ketidakpuasan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sama ada oleh dirinya atau orang lain. 


Seseorang usahawan mesti juga mampu mempengaruhi keadaan, persekitaran termasuk individu / institusi yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya.

Seseorang usahawan harus berupaya menyakinkan orang lain tentang idea barunya ataupun mempengaruhi rakan kongsi / institusi kewangan untuk menyumbangkan modal atau pinjaman bagi menjayakan rancangan barunya.

Usahawan juga perlu memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan.

 Usahawan juga perlu meransang pekerja supaya mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja yang diberikan.


Peranan Kerajaan Dan Pihak Swasta Dalam Membangunkan Budaya Keusahawanan.

-  Kerajan Malaysia menubuhkan beberapa agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan, pendidikan, kewangan bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk melahirkan lebih ramai usahawan. antaranya:


Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

1 MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan, dan penyelenggaraan khidmat perundingan keusahawanan

2. Pusat ini mengendalikan program latihan untuk membantu usahawan seperti program :

                a) Latihan dan kemajuan usahawan

                b) Pembangunan Perniagaan

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  1. MARA ditubuhkan bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan dan perindustrian.
  2. memberi latihan dan khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan kewangan melalui Skim Pinjaman MARA.
Institut Piwaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)

  1. SIRIM memastikan barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang ditetapkan.
  2. Barang yang menepati piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM
  3. Menyampaikan maklumat tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi, pemprosesan sesuatu barang dan pasaran
  4. Menilai sesuatu keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

  1. PKEN ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan syarikat perbadanan berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan atau luar negara
  2. Membeli saham syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan
  3. Menyediakan ruang niaga di lokasi yang sesuai

UDA Holdings Berhad (UHB)

  1. UDA menyedia dan melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan, penempatan, perdagangan dan perindustrian.
  2. Menyediakan infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi dan ruang niaga.


Institut Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

  1. MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit)
  2. Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan hasil keluaran ladang serta makanan.


Peranan nilai, adat dan institusi keluarga dalam keusahawanan.


a)     Pengalaman Semasa Kanak-kanak
 i) Kesan pengalaman awal seperti bekerja keras, berdikari, dan gigih akan lebih cenderung untuk membentuk sifat keusahawanan.
 ii) Sifat keusahawanan muncul apabila individu cuba mengawal diri dengan jaya.
 iii) Sentiasa mendapat peluang untuk menjadikan usaha satu kejayaan.

b)     Desakan Ekonomi
  i)  Kaum pendatang yang berhijrah ke negara lain kerana peperangan, tekanan politik, ekonomi dan lain-lain.
 ii)  Pendedahan yang luas kepada persekitaran yang lebih maju dan lebih ke hadapan akan mengilhamkan idea untuk membina semangat dan kemahuan untuk turut menjadi maju.
 iii)  Menghasilkan budaya berusaha gigih yang menjadi ikutan turun temurun.

c)    Cara dibesarkan
 i)  Mengikut kajian, anak kepada usahawan mempunyai kecenderungan lebih untuk menjadi usahawan.
 ii)  Faktor pendedahan semenjak kecil dan persepsi anak tentang keusahawanan dipengaruhi oleh pemikiran bapanya.
 iii)  Pendedahan harian kepada aktiviti berniaga boleh menimbulkan minat seseorang terhadap bidang perniagaan.
  

kesimpulan

rakyat malaysia harus mengetahui pelbagai langkah yang disarankan oleh kerajaan dan harus bermanfaatkan dengan langkah-langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya. 
usahawan yang baru boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan mematuhi segala peraturan.








Sunday, 12 October 2014

Konsep Perniagaan Amigo shop

Kami telah menganalisis isu yang sering dikaitkan dengan pelajar UUM untuk membangunkan idea perniagaan kami. Pada amnya, Pelajar UUM suka membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu malam. Ramai pelajar suka membuat ulang kaji pada waktu malam kerana tiada ganguan seperti bunyi bising dan keletihan. Pelajar yang membuat tugasan pada waktu malam akan senang mengalami kelaparan berbanding pelajar yang belajar pada waktu petang. Apabila mereka mencari makanan untuk makan, mereka terpaksa memasak sendiri didalam bilik seperti masak mee segere atau membuat teh. Ini akan mengambil masa yang panjang. kadang-kadang mereka juga terpaksa menahan kelaparan kerana tiada makanan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum semua kafe dan kedai makanan dewan penginapan pelajar di UUM akan ditutup selepas pukul 11.00 malam.

Antara masalah yang ditimbul dari isu tersebut adalah pelajar terpaksa menahan kelaparan pada waktu malam. Kelaparan ini menyebabkan mereka menangguhkan tugasan tanpa menyiapkan dan mengantuk. Jika mereka ingin menyimpan makanan yang beli pada waktu petang untuk dimakan pada tengah malam kadang-kadang ia  akan basi dan dan kesejukkan. Pelajar yang tinggal di tingkat 3 dan keatas kadang-kadang malas turun kafe untuk membeli makanan. Mereka memerlukan makanan ringan yang boleh menambahkan tenaga untuk menyiapkan tugasannya pada waktu malam. Mereka lebih suka jika makanan itu sampai ke pintu bilik mereka. Mereka memerlukan memerlukan makanan yang boleh “menemani” mereka pada waktu malam.

Oleh itu, kami, ‘Amigo shop’ menganalisis masalah dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan perniagaan baru di UUM. Amigo Shop adalah sebuah perniagaan perkongsian yang baru dengan jumlah pekongsi seramai 9 orang.  kami menjual makanan ringan yang boleh menarik minat pelanggan seperti agar-agar dan aneka jenis kek  yang terdiri daripada pelbagai perisa seperti badam, coklat, krim putih dan buah-buahan. Resipi ini adalah resipi yang unik dan berbeza daripada orang lain. Inti yang telah diletakkan diatas kek dan agar-agar telah dipilih oleh pelanggan. kami akan menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan minat pelanggan. Kami akan menyediakan servis penghantaran dari bilik ke bilik kepada pelajar yang membuat pesanan kepada kami. Produk makanan kami akan menemani pelajar pada waktu malam. Ia akan memberi tenaga kepada pelajar terus berjuang sehingga menyiapkan tugasannya. Suatu kajian di Amerika telah membuktikan coklat meningkat daya keingatan palajar dan menghilangan rasa mengantuk semasa palajar. Produk kami membantu pelajar untuk menghilangkan rasa tidur dan memberi semangat kepada mereka. Harga bagi setiap makanan ringan adalah murah dan boleh dibeli oleh pelajar. Kami tidak akan mengenakan caj penghantaran. kami akan menyediakan produk yang diyakini halal berlandaskan motto “bersih dan diyakini”.

Visi “Amigo Shop” adalah menjadi teman sejati pelajar pada waktu malam. Makanan ringan kami seperti aneka jenis kek dan agar-agar akan membantu menemani pelajar yang menyiapkan tugasan pada waktu malam. Ia juga menyelamatkan mereka daripada kelaparan.  Misi “Amigo Shop” adalah menarik minat pelanggan melalui pengahantaran bilik ke bilik. Kami akan menentukan ejen di setiap dewan penginapan pelajar  untuk mengagihkan produk kami supaya cepat sampai kepada tangan pelanggan. Misi kedua adalah memuaskan pelanggan pelanggan dengan pilihan mereka sendiri. Kami akan menyediakan kek dan agar-agar dengan mengunakan inti yang dipilih oleh pelanggan. Produk kami adalah produk yang menyesuaikan dengan minat pelanggan. Antara menu makanan ringan yang terdapat di “Amigo shop” adalah “Thousand taste”, “Jelly crash”, “Chocolate marilo”, dan “ Delightful missisipi dan sebagainya.

            Kami mempunyai beberapa peluang untuk membuat perniagaan dengan jayanya.  pertama, kami tidak mempunyai kafe atau kedai makanan yang beroperasi selepas pukul11 malam di UUM. kita hanya mempunyai kafe dan kedai makanan yang beroperasi dengan waktu yang singkat. oleh itu, kami boleh menjual produk kami kepada pelajar dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran bilik ke bilik pada waktu malam dan ia boleh menguntungkan. Kedua, peniagaan kami tidak memerlukan modal dan kos yang tinggi. Hal ini kerana, barang ini tidak memerlukan teknologi yang tinggi dan ia mudah dihasilkan. Produk kami akan dijual pada harga yang berpatutan dan murah berbanding dengan orang lain. Tambahan lagi, bekalan barang ini lebih berkhasiat, seimbang, halal, dan bersih. Ini pastinya akan menjamin kesihatan pengguna dan pengguna akan kekal dengan perniagaan ini. 

Saturday, 11 October 2014

ULASAN MENGENAI VIDEO

Saya ingin menerangkan kandungan video dengan lebih mendalam supaya pembaca dapat mengetahui cara- cara meningkatkan perniaagan anda. Video ini mengenai tentang dua orang usahawan yang berusaha untuk memasarkan dan mengembangkan produk mereka di negaranya.
Pada mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”, disebabkan ianya susah untuk disebut, namanya ditukar kepada Aqua. Pengarah Aqua telah menghantar kawan-kawannya ke Pangkor untuk membelajari tentang cara- cara memproseskan produk tersebut kerana Negara Jepun tidak mempunyai kemudahan yang lengkap pada masa itu. Mereka telah mengalami masalah untuk menyampaikan kepada pelanggan apabila produk-produknya telah siap. Jualan Aqua tidak mantap kerana tidak mendapat sambutan daripada pelanggan. Selepas tiga tahun, semua ahli lembaga mengadakan mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga sebanyak 30%.  Langkah itu telah membuahkan hasil kepada mereka. Langkah ini mengaut keuntungan yang besar kepada perniagaan Aqua. Tambahan pula, pekerja- pekerja yang dah bersara dan pesaing kepada perniagaan Aqua telah mengucapkan tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun yang ke-40.  
Video keduanya mengenai kejayaan pengusaha Jepung menjelaskan proses pembangunan produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”.  Idea ini dihasilkan oleh seorang penyelidik di organisasi itu yang melawat di Mexico. Negara Mexico mempunyai masalah air bersih dan ianya menjadi dorongan kepada pengusaha Jepung untuk menghasilkan minuman yang bersih dan berkhasiat kepada pelanggan. Mereka telah mengeluarkan sejenis minuman yang menambahkan air dalam badan manusia apabila ianya berkurang akibat musim panas. Keistimewaan minuman ini adalah ianya memberi tenaga kepada pelanggan dan pelanggan sentiasa aktif walaupun pada musim panas. Tambahan pula, keenakan dan rasa minuman ini hanya dapat dirasakan apabila pelanggan telah letih dan dahaga. Pada tahap awal, Minuman ini mendapatkan sambutan yang kurang baik daripada pelanggan kerana pelanggan tidak dapat merasai keenakan minuman tersebut. Jadi penguasaha Jepung memasarkan air minuman mereka dengan memberi percuma kepada ramai pelanggan. Strategi ini adalah untuk menembusi pasaran untuk produk mereka. Pada awalnya, mereka mengalami jumlah kerugian yang banyak tetapi produk mereka dapat menarik minat pelanggan baru. Pada musim panas, produk bernama “pocari sweat” mendapatkan sambutan yang baik daripada pelanggan dan pengusaha Jepung telah mendapatkan keuntungan sebanyak tiga kali ganda.

Strategi perniagaan
Kedua-dua perniagaan ini menggunakan strategi perniagaan yang berbeza untuk mendapatkan pelanggan. Perniagaan Aqua telah meningkatkan harga produk mereka untuk menarik perhatian perhatian. Apabila harga produk mereka meningkat, pelanggan mula membeli produk tersebut.  Pada masa yang sama, ia juga memberi pulangan yang bagus kepada perniagaan Aqua walaupun kuantiti produk yang dijual adalah kecil.
 Manakala, pengusaha Jepung memasarkan produk mereka dengan mengedarkan minumannya dalam kuantiti besar di merata- rata tempat. Mereka telah menembusi pasaran untuk menarik perhatian pelanggan. Pekerja-pekerja dari jabatan pemasaran pengusaha Jepung telah memasarkan produk mereka di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti padang,pusat sukan, gim, tempat permainan dan sebagainya. Pada tahap awal, strategi ini tidak dapat kesan yang baik malah merugikan perniagaan mereka. Tetapi permintaan minuman “poceri sweat’ mendapatkan permintaan yang banyak daripada pelanggan dan ianya menguntungkan kepada perniagaan mereka.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, usahawan telah menggunakan dua strategi yang berbeza untuk mencapai produk mereka ke tangan pelanggan. Walaupun dua perniaagan ini mempunyai produk sejenis iaitu minuman, usahawan telah menggunakan strategi yang berbeza mengikut kapasiti perniagaan mereka. Dengan ini, usahawan yang akan lahir boleh menjadikan video ini sebagai panduan untuk mendapatkan pasaran dan mengembangkan perniagaan mereka.

Tolong menonton video ini. video ini mengandungi banyak maklumat untuk mengetahui strategi- strategi perniagaan daripada beberapa usahawan.
saya akan memuat naik ulasan untuk video ini dengan secepat mungkin supaya pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam.



http://www.youtube.com/watch?v=EeFMWJgcpnI

http://www.youtube.com/watch?v=krZjGuUga5c

Friday, 10 October 2014

Sistem francais gagal kerana usahawan kurang menggunakan R&D
(ISU-ISU SEMASA)

Biarpun sudah 20 tahun industri francais bertapak di negara ini namun aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) masih kurang diambil berat oleh usahawan tempatan sehingga menyebabkan mereka sukar bersaing di peringkat antarabangsa malah gagal mengekalkan perniagaan di pasaran domestik.
Menyedari kepentingan R&D bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan dan jenama, Persatuan Francais Malaysia (MFA) mahu aspek tersebut diberi penekanan kepada usahawan serta bakal usahawan termasuklah memberi pendidikan awal kepada pelajar-pelajar universiti yang berminat menceburi bidang francais menerusi pelbagai program.
“Isu kelangsungan perniagaan ini bergantung kepada beberapa faktor termasuklah masalah dalaman dan pewarisan perniagaan namun terdapat juga perniagaan-perniagaan francais yang gagal diteruskan biarpun pernah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan pada masa lalu berikutan tiada inovasi dalam produk dan perkhidmatan.
"Tidak ramai usahawan francais yang memberi penekanan kepada aspek inovasi sehingga menyebabkan produk dan perkhidmatan mereka menjadi lapuk dan tidak berdaya saing.
"Ini sangat menyedihkan apabila melihat perniagaan-perniagaan berpotensi tetapi tidak dapat bertahan lama apatah lagi berkembang ke peringkat antarabangsa kerana tiada inovasi,” kata Pengerusi Anugerah Francais 2014, Prof. Madya Dr. Mohd. Hizam Hanafiah semasa sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh berkata, kepentingan R&D dibuktikan menerusi kejayaan usahawan-usahawan francais yang bersedia untuk melabur di dalam bidang tersebut dan sentiasa peka terhadap trend semasa.
“Jika kita melihat kepada francaisor-francaisor antarabangsa seperti McDonald’s dan KFC, mereka sentiasa melakukan inovasi bukan sahaja terhadap produk dan perkhidmatan malah kepada penjenamaan dan pengubahsuaian premis.
"Di peringkat tempatan pula, kita boleh melihat kepada kejayaan Smart Readers yang membuka satu lagi cabang perniagaan iaitu Smart Readers Islamic kerana sedar kepada trend semasa yang mahukan pendidikan awal kanak-kanak dalam bahasa Inggeris dan mengikut ajaran Islam. Sekarang mereka sudah membuka perniagaan di Dubai.
"Begitu juga dengan Secret Recipe yang tampil dengan pelbagai jenis menu dan kini meneroka perniagaan makanan kepada vegetarian menerusi Secret Recipe Beyond Veggie.
"Inilah yang kita mahu tengok iaitu lebih ramai usahawan yang melabur dalam R&D dan seterusnya mampu meneroka pasaran antarabangsa,” katanya lagi.
Tambah beliau, setakat ini peratusan usahawan francais yang sudah memasuki pasaran antarabangsa adalah sangat kecil berbanding keseluruhan industri francais di negara ini.
Daripada 751 sistem francais di negara ini hanya 58 sistem atau usahawan yang berjaya meneroka pasaran global. Mereka terdiri daripada usahawan francais dalam bidang pendidikan, makanan dan minuman dan kecantikan.
Disebabkan itu, MFA pada tahun ini memperkenalkan anugerah baharu iaitu Anugerah Francaisor Antarabangsa Terbaik dan Anugerah Francaisi Antarabangsa Terbaik bagi memberi pengiktirafan kepada usahawan francais yang cemerlang.
“Kita mahu meraikan pemain-pemain industri yang berjaya di peringkat antarabangsa di samping memberi galakkan supaya lebih ramai usahawan yang berusaha untuk meneroka pasaran luar.
"Kalau boleh kita mahu melihat apa yang Mc Donald’s dan KFC lakukan kepada Amerika Syarikat di mana mereka mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, mengaut keuntungan kepada syarikat mereka tetapi akhirnya tetap menyumbang kepada negara asal iaitu Amerika, juga berlaku kepada usahawan francais tempatan yang bertapak di luar negara iaitu pada akhirnya mereka menyumbang juga kepada Malaysia,” katanya.
MFA bakal mengadakan  Anugerah Francais Malaysia 2014 pada 31 Oktober ini.

Thursday, 9 October 2014


Budaya Keusahawanan


Definisi Budaya Keusahawanan
·         Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterimaoleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.

Aspek Pembudayaan Keusahawanan
·         Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-

Mengawal halatuju masing-masing
·         Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.


Memaksimumkan potensi diri
·         Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

Mendapat keuntungan
·         Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi.
·          Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. 
·         Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.

 Berorientasikan perancangan
·         Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawanmestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masayang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. 
·         Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

Menggunakan masa secara strategik
·         Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.

Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran,memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
·         Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
·         Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menymbang ke arah pembuatan dan teknikreka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.

Kesediaan untuk merebut peluang
 Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendirioleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkankekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri sendiri.



Monday, 29 September 2014



Usahawan ketiga yang saya pilih ialah:
Syed Mokthar Al- Bukhary

Nama: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Nor Al-Bukhary
Umur: 63
Tarikh lahir: 1951
Asal: Alor Setar, Kedah
Jawatan: Pengasas Yayasan Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya diMalaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara.

Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.


Latar belakang

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.
Seterusnya, bapanya keThailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baruhingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.
Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.

Latar belakang kerjaya awal

Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikatPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.

Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan.
 Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat diSeberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.


Kerja kebajikan

Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islambernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah danPerak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan,Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib CanselorUSM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar. 

Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.
Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik,Batu Kikir.
Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilaldan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.
Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.