Saturday, 11 October 2014

ULASAN MENGENAI VIDEO

Saya ingin menerangkan kandungan video dengan lebih mendalam supaya pembaca dapat mengetahui cara- cara meningkatkan perniaagan anda. Video ini mengenai tentang dua orang usahawan yang berusaha untuk memasarkan dan mengembangkan produk mereka di negaranya.
Pada mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”, disebabkan ianya susah untuk disebut, namanya ditukar kepada Aqua. Pengarah Aqua telah menghantar kawan-kawannya ke Pangkor untuk membelajari tentang cara- cara memproseskan produk tersebut kerana Negara Jepun tidak mempunyai kemudahan yang lengkap pada masa itu. Mereka telah mengalami masalah untuk menyampaikan kepada pelanggan apabila produk-produknya telah siap. Jualan Aqua tidak mantap kerana tidak mendapat sambutan daripada pelanggan. Selepas tiga tahun, semua ahli lembaga mengadakan mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga sebanyak 30%.  Langkah itu telah membuahkan hasil kepada mereka. Langkah ini mengaut keuntungan yang besar kepada perniagaan Aqua. Tambahan pula, pekerja- pekerja yang dah bersara dan pesaing kepada perniagaan Aqua telah mengucapkan tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun yang ke-40.  
Video keduanya mengenai kejayaan pengusaha Jepung menjelaskan proses pembangunan produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”.  Idea ini dihasilkan oleh seorang penyelidik di organisasi itu yang melawat di Mexico. Negara Mexico mempunyai masalah air bersih dan ianya menjadi dorongan kepada pengusaha Jepung untuk menghasilkan minuman yang bersih dan berkhasiat kepada pelanggan. Mereka telah mengeluarkan sejenis minuman yang menambahkan air dalam badan manusia apabila ianya berkurang akibat musim panas. Keistimewaan minuman ini adalah ianya memberi tenaga kepada pelanggan dan pelanggan sentiasa aktif walaupun pada musim panas. Tambahan pula, keenakan dan rasa minuman ini hanya dapat dirasakan apabila pelanggan telah letih dan dahaga. Pada tahap awal, Minuman ini mendapatkan sambutan yang kurang baik daripada pelanggan kerana pelanggan tidak dapat merasai keenakan minuman tersebut. Jadi penguasaha Jepung memasarkan air minuman mereka dengan memberi percuma kepada ramai pelanggan. Strategi ini adalah untuk menembusi pasaran untuk produk mereka. Pada awalnya, mereka mengalami jumlah kerugian yang banyak tetapi produk mereka dapat menarik minat pelanggan baru. Pada musim panas, produk bernama “pocari sweat” mendapatkan sambutan yang baik daripada pelanggan dan pengusaha Jepung telah mendapatkan keuntungan sebanyak tiga kali ganda.

Strategi perniagaan
Kedua-dua perniagaan ini menggunakan strategi perniagaan yang berbeza untuk mendapatkan pelanggan. Perniagaan Aqua telah meningkatkan harga produk mereka untuk menarik perhatian perhatian. Apabila harga produk mereka meningkat, pelanggan mula membeli produk tersebut.  Pada masa yang sama, ia juga memberi pulangan yang bagus kepada perniagaan Aqua walaupun kuantiti produk yang dijual adalah kecil.
 Manakala, pengusaha Jepung memasarkan produk mereka dengan mengedarkan minumannya dalam kuantiti besar di merata- rata tempat. Mereka telah menembusi pasaran untuk menarik perhatian pelanggan. Pekerja-pekerja dari jabatan pemasaran pengusaha Jepung telah memasarkan produk mereka di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti padang,pusat sukan, gim, tempat permainan dan sebagainya. Pada tahap awal, strategi ini tidak dapat kesan yang baik malah merugikan perniagaan mereka. Tetapi permintaan minuman “poceri sweat’ mendapatkan permintaan yang banyak daripada pelanggan dan ianya menguntungkan kepada perniagaan mereka.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, usahawan telah menggunakan dua strategi yang berbeza untuk mencapai produk mereka ke tangan pelanggan. Walaupun dua perniaagan ini mempunyai produk sejenis iaitu minuman, usahawan telah menggunakan strategi yang berbeza mengikut kapasiti perniagaan mereka. Dengan ini, usahawan yang akan lahir boleh menjadikan video ini sebagai panduan untuk mendapatkan pasaran dan mengembangkan perniagaan mereka.

No comments:

Post a Comment