Definisi
Budaya Keusahawanan
·
Budaya adalah corak perilaku harian yang
diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan
hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya
mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterimaoleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan
merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah
aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai
corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang
cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.
Aspek
Pembudayaan Keusahawanan
·
Pembudayaan keusahawanan adalah
merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan
kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui
proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan
tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan
akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada
masakini atau akan datang.Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan
dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-
Mengawal
halatuju masing-masing
·
Setiap perniagaan yang diceburi oleh
usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada
ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan
usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi
agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan
membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan
perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan
merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.
Memaksimumkan
potensi diri
·
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan
apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri
bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka
perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan
melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara
holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi
dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko
dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
Mendapat
keuntungan
·
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya
menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur
kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai
melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang
diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya,
mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan
membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi.
·
Keuntungan juga boleh meningkatkan
keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian
daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada
dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh
meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu
membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka.
·
Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan
keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat
bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang
menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
Berorientasikan
perancangan
·
Perancangan merupakan satu aspek yang
penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Usahawanmestilah sentiasa
memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang
berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masayang
lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar
dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai
kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki.
·
Langkah berhati-hati membantu
usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik
dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak
terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin
berubah mengikut peredaran masa.
Menggunakan
masa secara strategik
·
Pengurusan masa adalah amat penting bagi
menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara
strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti
yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.
Inovatif
Komitmen
terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri
usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan
untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil
faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam
penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif,
defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan
inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz
pasaran,memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.
Meningkatkan
kualiti kerja secara berterusan
·
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang
bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan
kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan
yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan
perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti
tinggi.
·
Teknologi merupakan satu mekanisma yang
dapat membantu meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu
produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap
penggunaan teknologi kerana ia menymbang ke arah pembuatan dan teknikreka
bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.
Kesediaan
untuk merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari,
dikenalpasti dan dieksploitasi sendirioleh usahawan. Oleh itu seseorang
usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkankekuatan daya berfikir
dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh
masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai
peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan
pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan
perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing,
meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang
ada padadiri sendiri.
No comments:
Post a Comment