Monday, 3 November 2014
Yayasan EMKAY
Yayasan EMKAY telah ditubuhkan pada tahun 2001. Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar telah menubuhkan Yayasan EMKAY. Matlamat EMKAY adalah membantu rakyat malaysia tanpa mengira bangsa, agama dalam sektor kesihatan, pendidikan, sukan, pembangunan dan lain-lain. Yayasan EMKAY telah membantu rakyat malaysia yang kurang berpendapatan supaya mereka dapat mengurangkan kesusahan mereka. Yayasan EMKAY telah mengadakan pelbagai program supaya matlamat mereka mencapai kepada rakyat yang mengalami kesusahan.
dalam sektor kesihatan:
- Yayasan EMKAY telah membina beberapa pusat hemodialisis di kawasan luar bandar.antaranya:
pusat hemodialisis wan nong di batu gajah, perak.
pusat hemodialisis felina banting, selangor
pusat hemodialisis di alor setar, kedah
dalam sektor pendidikan pula,:
-Yayasan EMKAY telah menubuhkan program "I-Learn" untuk membina kanak-kanak dan pelajar-pelajar ke arah pertumbuhan yang bersepadu dan menyeluruh.
-Yayasan EMKAY juga telah mengadakan "Q4Kids" program dimana ianya membangunkan 150 tadika di negeri Selangor dan wilayah persekutuan.
- Yayasan EMKAY turut melibatkan diri dalam pembangunan perpustakaan sekitar negara Malaysia.
- yayasan EMKAY juga membina pusat penjagaan kanak-kanak di chow kit untuk membantu kanak-kanak di kawasan tersebut.
bantuan yang lain dibuat oleh Yayasan EMKAY:
- Membina tiga surau di perak dan selangor
- sumbangan kepada masjid dan dana haji
- bantuan kemanusiaan seperti sumbangan RM1 juta untuk tabung tsunami
- membina pusat sukan di johor dan pelbagai sumbangan ke arah pembangunan sukan dan acara olahraga untuk tujuan amal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment