Thursday, 30 October 2014

Peranan usahawan dalam dunia perniagaan

1) Memenuhi Keperluan & Kehendak Masyarakat

Usahawan-usahawan memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat. Mereka akan memberi barangan mengikut permintaan pasaran.
Mereka menyediakan barang-barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Barangan kehendak seperti alat komunikasi, gajet dan makanan mewah turut disediakan untuk memenuhi kehendak di dalam diri yang menginginkan keseronokan.


2) Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi

Usahawan-usahawan yang ada, menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan ekonomi masyarakat. Dalam masa yang sama, mereka meningkatkan ekonomi negara.
Secara tidak langsung, usahawan-usahawan telah membantu ekonomi negara dengan pendapatan kasar jualan jutaan ringgit setahun.


3) Meningkatkan Taraf Hidup

Dengan barangan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan, ia membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia. Sebelum ini, kita tidak dapat menduduki rumah ala 'cluster', sekarang sudah ada usahawan yang menyediakannya.
Teknologi sekarang semakin maju. Sebagai contoh, terdapat 'touchscreen' untuk pengguna telefon bimbit. Pada hari ini, kita dapat menggunakannya kerana usahawan telah membantu merealisasikannya.

Kesimpulannya, usahawan yang ada, telah banyak membantu masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hidup menjadi mudah dan laju.

cara memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat malaysia


Konsep dan Definisi Budaya Keusahawanan


(Ahmad Berek 1979) menjelaskan bahawa seseorang usahawan akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan kejayaannya.
         Dia akan sentiasa memperbaiki mutu kerjanya dari segi kuantiti untuk mengatasi kebolehan dan keupayaan orang lain. Ketidakpuasan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sama ada oleh dirinya atau orang lain. 


Seseorang usahawan mesti juga mampu mempengaruhi keadaan, persekitaran termasuk individu / institusi yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya.

Seseorang usahawan harus berupaya menyakinkan orang lain tentang idea barunya ataupun mempengaruhi rakan kongsi / institusi kewangan untuk menyumbangkan modal atau pinjaman bagi menjayakan rancangan barunya.

Usahawan juga perlu memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan.

 Usahawan juga perlu meransang pekerja supaya mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja yang diberikan.


Peranan Kerajaan Dan Pihak Swasta Dalam Membangunkan Budaya Keusahawanan.

-  Kerajan Malaysia menubuhkan beberapa agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan, pendidikan, kewangan bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk melahirkan lebih ramai usahawan. antaranya:


Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)

1 MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan, dan penyelenggaraan khidmat perundingan keusahawanan

2. Pusat ini mengendalikan program latihan untuk membantu usahawan seperti program :

                a) Latihan dan kemajuan usahawan

                b) Pembangunan Perniagaan

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  1. MARA ditubuhkan bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan dan perindustrian.
  2. memberi latihan dan khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan kewangan melalui Skim Pinjaman MARA.
Institut Piwaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)

  1. SIRIM memastikan barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang ditetapkan.
  2. Barang yang menepati piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM
  3. Menyampaikan maklumat tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi, pemprosesan sesuatu barang dan pasaran
  4. Menilai sesuatu keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

  1. PKEN ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan syarikat perbadanan berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan atau luar negara
  2. Membeli saham syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan
  3. Menyediakan ruang niaga di lokasi yang sesuai

UDA Holdings Berhad (UHB)

  1. UDA menyedia dan melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan, penempatan, perdagangan dan perindustrian.
  2. Menyediakan infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi dan ruang niaga.


Institut Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

  1. MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit)
  2. Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan hasil keluaran ladang serta makanan.


Peranan nilai, adat dan institusi keluarga dalam keusahawanan.


a)     Pengalaman Semasa Kanak-kanak
 i) Kesan pengalaman awal seperti bekerja keras, berdikari, dan gigih akan lebih cenderung untuk membentuk sifat keusahawanan.
 ii) Sifat keusahawanan muncul apabila individu cuba mengawal diri dengan jaya.
 iii) Sentiasa mendapat peluang untuk menjadikan usaha satu kejayaan.

b)     Desakan Ekonomi
  i)  Kaum pendatang yang berhijrah ke negara lain kerana peperangan, tekanan politik, ekonomi dan lain-lain.
 ii)  Pendedahan yang luas kepada persekitaran yang lebih maju dan lebih ke hadapan akan mengilhamkan idea untuk membina semangat dan kemahuan untuk turut menjadi maju.
 iii)  Menghasilkan budaya berusaha gigih yang menjadi ikutan turun temurun.

c)    Cara dibesarkan
 i)  Mengikut kajian, anak kepada usahawan mempunyai kecenderungan lebih untuk menjadi usahawan.
 ii)  Faktor pendedahan semenjak kecil dan persepsi anak tentang keusahawanan dipengaruhi oleh pemikiran bapanya.
 iii)  Pendedahan harian kepada aktiviti berniaga boleh menimbulkan minat seseorang terhadap bidang perniagaan.
  

kesimpulan

rakyat malaysia harus mengetahui pelbagai langkah yang disarankan oleh kerajaan dan harus bermanfaatkan dengan langkah-langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya. 
usahawan yang baru boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan mematuhi segala peraturan.








Sunday, 12 October 2014

Konsep Perniagaan Amigo shop

Kami telah menganalisis isu yang sering dikaitkan dengan pelajar UUM untuk membangunkan idea perniagaan kami. Pada amnya, Pelajar UUM suka membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu malam. Ramai pelajar suka membuat ulang kaji pada waktu malam kerana tiada ganguan seperti bunyi bising dan keletihan. Pelajar yang membuat tugasan pada waktu malam akan senang mengalami kelaparan berbanding pelajar yang belajar pada waktu petang. Apabila mereka mencari makanan untuk makan, mereka terpaksa memasak sendiri didalam bilik seperti masak mee segere atau membuat teh. Ini akan mengambil masa yang panjang. kadang-kadang mereka juga terpaksa menahan kelaparan kerana tiada makanan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum semua kafe dan kedai makanan dewan penginapan pelajar di UUM akan ditutup selepas pukul 11.00 malam.

Antara masalah yang ditimbul dari isu tersebut adalah pelajar terpaksa menahan kelaparan pada waktu malam. Kelaparan ini menyebabkan mereka menangguhkan tugasan tanpa menyiapkan dan mengantuk. Jika mereka ingin menyimpan makanan yang beli pada waktu petang untuk dimakan pada tengah malam kadang-kadang ia  akan basi dan dan kesejukkan. Pelajar yang tinggal di tingkat 3 dan keatas kadang-kadang malas turun kafe untuk membeli makanan. Mereka memerlukan makanan ringan yang boleh menambahkan tenaga untuk menyiapkan tugasannya pada waktu malam. Mereka lebih suka jika makanan itu sampai ke pintu bilik mereka. Mereka memerlukan memerlukan makanan yang boleh “menemani” mereka pada waktu malam.

Oleh itu, kami, ‘Amigo shop’ menganalisis masalah dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan perniagaan baru di UUM. Amigo Shop adalah sebuah perniagaan perkongsian yang baru dengan jumlah pekongsi seramai 9 orang.  kami menjual makanan ringan yang boleh menarik minat pelanggan seperti agar-agar dan aneka jenis kek  yang terdiri daripada pelbagai perisa seperti badam, coklat, krim putih dan buah-buahan. Resipi ini adalah resipi yang unik dan berbeza daripada orang lain. Inti yang telah diletakkan diatas kek dan agar-agar telah dipilih oleh pelanggan. kami akan menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan minat pelanggan. Kami akan menyediakan servis penghantaran dari bilik ke bilik kepada pelajar yang membuat pesanan kepada kami. Produk makanan kami akan menemani pelajar pada waktu malam. Ia akan memberi tenaga kepada pelajar terus berjuang sehingga menyiapkan tugasannya. Suatu kajian di Amerika telah membuktikan coklat meningkat daya keingatan palajar dan menghilangan rasa mengantuk semasa palajar. Produk kami membantu pelajar untuk menghilangkan rasa tidur dan memberi semangat kepada mereka. Harga bagi setiap makanan ringan adalah murah dan boleh dibeli oleh pelajar. Kami tidak akan mengenakan caj penghantaran. kami akan menyediakan produk yang diyakini halal berlandaskan motto “bersih dan diyakini”.

Visi “Amigo Shop” adalah menjadi teman sejati pelajar pada waktu malam. Makanan ringan kami seperti aneka jenis kek dan agar-agar akan membantu menemani pelajar yang menyiapkan tugasan pada waktu malam. Ia juga menyelamatkan mereka daripada kelaparan.  Misi “Amigo Shop” adalah menarik minat pelanggan melalui pengahantaran bilik ke bilik. Kami akan menentukan ejen di setiap dewan penginapan pelajar  untuk mengagihkan produk kami supaya cepat sampai kepada tangan pelanggan. Misi kedua adalah memuaskan pelanggan pelanggan dengan pilihan mereka sendiri. Kami akan menyediakan kek dan agar-agar dengan mengunakan inti yang dipilih oleh pelanggan. Produk kami adalah produk yang menyesuaikan dengan minat pelanggan. Antara menu makanan ringan yang terdapat di “Amigo shop” adalah “Thousand taste”, “Jelly crash”, “Chocolate marilo”, dan “ Delightful missisipi dan sebagainya.

            Kami mempunyai beberapa peluang untuk membuat perniagaan dengan jayanya.  pertama, kami tidak mempunyai kafe atau kedai makanan yang beroperasi selepas pukul11 malam di UUM. kita hanya mempunyai kafe dan kedai makanan yang beroperasi dengan waktu yang singkat. oleh itu, kami boleh menjual produk kami kepada pelajar dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran bilik ke bilik pada waktu malam dan ia boleh menguntungkan. Kedua, peniagaan kami tidak memerlukan modal dan kos yang tinggi. Hal ini kerana, barang ini tidak memerlukan teknologi yang tinggi dan ia mudah dihasilkan. Produk kami akan dijual pada harga yang berpatutan dan murah berbanding dengan orang lain. Tambahan lagi, bekalan barang ini lebih berkhasiat, seimbang, halal, dan bersih. Ini pastinya akan menjamin kesihatan pengguna dan pengguna akan kekal dengan perniagaan ini. 

Saturday, 11 October 2014

ULASAN MENGENAI VIDEO

Saya ingin menerangkan kandungan video dengan lebih mendalam supaya pembaca dapat mengetahui cara- cara meningkatkan perniaagan anda. Video ini mengenai tentang dua orang usahawan yang berusaha untuk memasarkan dan mengembangkan produk mereka di negaranya.
Pada mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”, disebabkan ianya susah untuk disebut, namanya ditukar kepada Aqua. Pengarah Aqua telah menghantar kawan-kawannya ke Pangkor untuk membelajari tentang cara- cara memproseskan produk tersebut kerana Negara Jepun tidak mempunyai kemudahan yang lengkap pada masa itu. Mereka telah mengalami masalah untuk menyampaikan kepada pelanggan apabila produk-produknya telah siap. Jualan Aqua tidak mantap kerana tidak mendapat sambutan daripada pelanggan. Selepas tiga tahun, semua ahli lembaga mengadakan mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga sebanyak 30%.  Langkah itu telah membuahkan hasil kepada mereka. Langkah ini mengaut keuntungan yang besar kepada perniagaan Aqua. Tambahan pula, pekerja- pekerja yang dah bersara dan pesaing kepada perniagaan Aqua telah mengucapkan tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun yang ke-40.  
Video keduanya mengenai kejayaan pengusaha Jepung menjelaskan proses pembangunan produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”.  Idea ini dihasilkan oleh seorang penyelidik di organisasi itu yang melawat di Mexico. Negara Mexico mempunyai masalah air bersih dan ianya menjadi dorongan kepada pengusaha Jepung untuk menghasilkan minuman yang bersih dan berkhasiat kepada pelanggan. Mereka telah mengeluarkan sejenis minuman yang menambahkan air dalam badan manusia apabila ianya berkurang akibat musim panas. Keistimewaan minuman ini adalah ianya memberi tenaga kepada pelanggan dan pelanggan sentiasa aktif walaupun pada musim panas. Tambahan pula, keenakan dan rasa minuman ini hanya dapat dirasakan apabila pelanggan telah letih dan dahaga. Pada tahap awal, Minuman ini mendapatkan sambutan yang kurang baik daripada pelanggan kerana pelanggan tidak dapat merasai keenakan minuman tersebut. Jadi penguasaha Jepung memasarkan air minuman mereka dengan memberi percuma kepada ramai pelanggan. Strategi ini adalah untuk menembusi pasaran untuk produk mereka. Pada awalnya, mereka mengalami jumlah kerugian yang banyak tetapi produk mereka dapat menarik minat pelanggan baru. Pada musim panas, produk bernama “pocari sweat” mendapatkan sambutan yang baik daripada pelanggan dan pengusaha Jepung telah mendapatkan keuntungan sebanyak tiga kali ganda.

Strategi perniagaan
Kedua-dua perniagaan ini menggunakan strategi perniagaan yang berbeza untuk mendapatkan pelanggan. Perniagaan Aqua telah meningkatkan harga produk mereka untuk menarik perhatian perhatian. Apabila harga produk mereka meningkat, pelanggan mula membeli produk tersebut.  Pada masa yang sama, ia juga memberi pulangan yang bagus kepada perniagaan Aqua walaupun kuantiti produk yang dijual adalah kecil.
 Manakala, pengusaha Jepung memasarkan produk mereka dengan mengedarkan minumannya dalam kuantiti besar di merata- rata tempat. Mereka telah menembusi pasaran untuk menarik perhatian pelanggan. Pekerja-pekerja dari jabatan pemasaran pengusaha Jepung telah memasarkan produk mereka di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti padang,pusat sukan, gim, tempat permainan dan sebagainya. Pada tahap awal, strategi ini tidak dapat kesan yang baik malah merugikan perniagaan mereka. Tetapi permintaan minuman “poceri sweat’ mendapatkan permintaan yang banyak daripada pelanggan dan ianya menguntungkan kepada perniagaan mereka.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, usahawan telah menggunakan dua strategi yang berbeza untuk mencapai produk mereka ke tangan pelanggan. Walaupun dua perniaagan ini mempunyai produk sejenis iaitu minuman, usahawan telah menggunakan strategi yang berbeza mengikut kapasiti perniagaan mereka. Dengan ini, usahawan yang akan lahir boleh menjadikan video ini sebagai panduan untuk mendapatkan pasaran dan mengembangkan perniagaan mereka.

Tolong menonton video ini. video ini mengandungi banyak maklumat untuk mengetahui strategi- strategi perniagaan daripada beberapa usahawan.
saya akan memuat naik ulasan untuk video ini dengan secepat mungkin supaya pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam.



http://www.youtube.com/watch?v=EeFMWJgcpnI

http://www.youtube.com/watch?v=krZjGuUga5c

Friday, 10 October 2014

Sistem francais gagal kerana usahawan kurang menggunakan R&D
(ISU-ISU SEMASA)

Biarpun sudah 20 tahun industri francais bertapak di negara ini namun aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) masih kurang diambil berat oleh usahawan tempatan sehingga menyebabkan mereka sukar bersaing di peringkat antarabangsa malah gagal mengekalkan perniagaan di pasaran domestik.
Menyedari kepentingan R&D bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan dan jenama, Persatuan Francais Malaysia (MFA) mahu aspek tersebut diberi penekanan kepada usahawan serta bakal usahawan termasuklah memberi pendidikan awal kepada pelajar-pelajar universiti yang berminat menceburi bidang francais menerusi pelbagai program.
“Isu kelangsungan perniagaan ini bergantung kepada beberapa faktor termasuklah masalah dalaman dan pewarisan perniagaan namun terdapat juga perniagaan-perniagaan francais yang gagal diteruskan biarpun pernah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan pada masa lalu berikutan tiada inovasi dalam produk dan perkhidmatan.
"Tidak ramai usahawan francais yang memberi penekanan kepada aspek inovasi sehingga menyebabkan produk dan perkhidmatan mereka menjadi lapuk dan tidak berdaya saing.
"Ini sangat menyedihkan apabila melihat perniagaan-perniagaan berpotensi tetapi tidak dapat bertahan lama apatah lagi berkembang ke peringkat antarabangsa kerana tiada inovasi,” kata Pengerusi Anugerah Francais 2014, Prof. Madya Dr. Mohd. Hizam Hanafiah semasa sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh berkata, kepentingan R&D dibuktikan menerusi kejayaan usahawan-usahawan francais yang bersedia untuk melabur di dalam bidang tersebut dan sentiasa peka terhadap trend semasa.
“Jika kita melihat kepada francaisor-francaisor antarabangsa seperti McDonald’s dan KFC, mereka sentiasa melakukan inovasi bukan sahaja terhadap produk dan perkhidmatan malah kepada penjenamaan dan pengubahsuaian premis.
"Di peringkat tempatan pula, kita boleh melihat kepada kejayaan Smart Readers yang membuka satu lagi cabang perniagaan iaitu Smart Readers Islamic kerana sedar kepada trend semasa yang mahukan pendidikan awal kanak-kanak dalam bahasa Inggeris dan mengikut ajaran Islam. Sekarang mereka sudah membuka perniagaan di Dubai.
"Begitu juga dengan Secret Recipe yang tampil dengan pelbagai jenis menu dan kini meneroka perniagaan makanan kepada vegetarian menerusi Secret Recipe Beyond Veggie.
"Inilah yang kita mahu tengok iaitu lebih ramai usahawan yang melabur dalam R&D dan seterusnya mampu meneroka pasaran antarabangsa,” katanya lagi.
Tambah beliau, setakat ini peratusan usahawan francais yang sudah memasuki pasaran antarabangsa adalah sangat kecil berbanding keseluruhan industri francais di negara ini.
Daripada 751 sistem francais di negara ini hanya 58 sistem atau usahawan yang berjaya meneroka pasaran global. Mereka terdiri daripada usahawan francais dalam bidang pendidikan, makanan dan minuman dan kecantikan.
Disebabkan itu, MFA pada tahun ini memperkenalkan anugerah baharu iaitu Anugerah Francaisor Antarabangsa Terbaik dan Anugerah Francaisi Antarabangsa Terbaik bagi memberi pengiktirafan kepada usahawan francais yang cemerlang.
“Kita mahu meraikan pemain-pemain industri yang berjaya di peringkat antarabangsa di samping memberi galakkan supaya lebih ramai usahawan yang berusaha untuk meneroka pasaran luar.
"Kalau boleh kita mahu melihat apa yang Mc Donald’s dan KFC lakukan kepada Amerika Syarikat di mana mereka mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, mengaut keuntungan kepada syarikat mereka tetapi akhirnya tetap menyumbang kepada negara asal iaitu Amerika, juga berlaku kepada usahawan francais tempatan yang bertapak di luar negara iaitu pada akhirnya mereka menyumbang juga kepada Malaysia,” katanya.
MFA bakal mengadakan  Anugerah Francais Malaysia 2014 pada 31 Oktober ini.

Thursday, 9 October 2014


Budaya Keusahawanan


Definisi Budaya Keusahawanan
·         Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterimaoleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.

Aspek Pembudayaan Keusahawanan
·         Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-

Mengawal halatuju masing-masing
·         Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.


Memaksimumkan potensi diri
·         Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

Mendapat keuntungan
·         Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi.
·          Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. 
·         Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.

 Berorientasikan perancangan
·         Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawanmestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masayang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. 
·         Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

Menggunakan masa secara strategik
·         Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.

Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran,memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
·         Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
·         Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menymbang ke arah pembuatan dan teknikreka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.

Kesediaan untuk merebut peluang
 Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendirioleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkankekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri sendiri.