E-LANE
A view on Entrepreneurs & Entrepreneurship
Monday, 3 November 2014
Yayasan EMKAY
Yayasan EMKAY telah ditubuhkan pada tahun 2001. Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar telah menubuhkan Yayasan EMKAY. Matlamat EMKAY adalah membantu rakyat malaysia tanpa mengira bangsa, agama dalam sektor kesihatan, pendidikan, sukan, pembangunan dan lain-lain. Yayasan EMKAY telah membantu rakyat malaysia yang kurang berpendapatan supaya mereka dapat mengurangkan kesusahan mereka. Yayasan EMKAY telah mengadakan pelbagai program supaya matlamat mereka mencapai kepada rakyat yang mengalami kesusahan.
dalam sektor kesihatan:
- Yayasan EMKAY telah membina beberapa pusat hemodialisis di kawasan luar bandar.antaranya:
pusat hemodialisis wan nong di batu gajah, perak.
pusat hemodialisis felina banting, selangor
pusat hemodialisis di alor setar, kedah
dalam sektor pendidikan pula,:
-Yayasan EMKAY telah menubuhkan program "I-Learn" untuk membina kanak-kanak dan pelajar-pelajar ke arah pertumbuhan yang bersepadu dan menyeluruh.
-Yayasan EMKAY juga telah mengadakan "Q4Kids" program dimana ianya membangunkan 150 tadika di negeri Selangor dan wilayah persekutuan.
- Yayasan EMKAY turut melibatkan diri dalam pembangunan perpustakaan sekitar negara Malaysia.
- yayasan EMKAY juga membina pusat penjagaan kanak-kanak di chow kit untuk membantu kanak-kanak di kawasan tersebut.
bantuan yang lain dibuat oleh Yayasan EMKAY:
- Membina tiga surau di perak dan selangor
- sumbangan kepada masjid dan dana haji
- bantuan kemanusiaan seperti sumbangan RM1 juta untuk tabung tsunami
- membina pusat sukan di johor dan pelbagai sumbangan ke arah pembangunan sukan dan acara olahraga untuk tujuan amal.
Sunday, 2 November 2014
Masalah yang dihadapi oleh Usahawan baru di abad ke -21
menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. pelbagai dugaan dan rintangan perlu ditempuhi oleh usahawan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. hanya individu yang tabah dan cekal mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini. tambahan pula, di zaman perkembangan teknologi masa kini,, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar disamping memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
masalah yang dihadapi oleh usahawan semasa perniagaan:
a) halangan dalaman
halangan dalaman adalah halangan yang wujud dalam diri usahawan itu sendiri atau dalam syarikat usahawan tersebut. menurut Zimmerer dan Scarborough, halangan dalaman merangkumi tiga halangan yang akan menjejaskan proses untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
- sikap
sikap tidak yakin dengan keupayaan dan keebolehan usahawan untuk bersaing dengan pesaing terkenal di luar negara dan negara sendiri sering membantutkan hasrat usahawan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatannya di pasaran. apabila wujud sikap tidak yakin, ia akan menyebabkan usahawan tidak berani mengambil risiko untuk mengembangakan perniagaannya walaupun peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa sedia wujud.
- kekurangan maklumat
ramai usahawan memasuki pasaran antarabangsa tanpa maklumat yang mencukupi terutama maklumat berkaitan dengan polisi, prosedur, sistem percukaian dan lain-lain maklumat yang sama. usahawan tidak memahami persekitaran perniagaan di negara yang dimasuki akibat kekurangan maklumat.
-masalah kewangan
kekurangan untuk mendapat pinjaman dari institusi tempatan atau luar negara sering menghantui usahawan tempatan. masalah ini timbul mungkin disebabkan rekod kewangan lepas yang buruk seperti terlalu banyak hutang, rekod pembayaran yang tidak baik atau prestasi semasa perniagaan yang kurang memberangsangkan.
b) faktor budaya
budaya yang diamalkan oleh sesebuah negara berbeza dengan negara lain. perbezaan ini kadang kala menyebabkan seseorang usahawan itu gagal untuk memulakan perniagaan.
- bahasa
bahasa boleh dikategorikan kepada dua iaitu secara lisan dan bukan lisan. komunikasi dengan bahasa lisan sangat penting kerana bahasa yang digunakan di malaysia tidak sama dengan negara lain. salah faham mungkin akan terjadi jika bahasa yang digunakan disalahtafsirkan. iaiya akan memberikan kesan negatif kepada perniagaan usahawan.
- nilai dan adat resam
nilai adalah kepercayaan seseorang individu yang akan membentuk gelagatnya. pelanggan di malaysia mempercayai produk yang dihasilkan oleh syarikat jepun sangat berkualiti berbanding negara lain. ini secara tidak langsung akan menjejaskan peluang usahawan untuk menggalakkan pelanggan membeli produk yang dihasilkan oleh syarikat dari negara lain.
adat resam yang dipegang oleh sesebuah negara juga akan mempengaruhi perniagaan usahawan. di amerika syarikat, penduduknya mengamalkan minuman jus oren dan roti apabila bersarapan, manakala di malaysia, penduduknya lebih menggemari minuman kopi atau the tarik bersama nasi lemak atau roti canai.
- pendidikan
tahap pendidikan bakal pelanggan akan mempengaruhi penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. tahap pendidikan di jepun dan negara laos sangat jauh jurangnya. jadi, hanya sesetengah pelanggan sahaja yang mampu membeli produk dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi yang dikeluarkan oleh syarikat usahawan kerana mereka mungkin tidak tahu atau takut untuk menggunakannya.
masalah yang dihadapi oleh usahawan semasa perniagaan:
a) halangan dalaman
halangan dalaman adalah halangan yang wujud dalam diri usahawan itu sendiri atau dalam syarikat usahawan tersebut. menurut Zimmerer dan Scarborough, halangan dalaman merangkumi tiga halangan yang akan menjejaskan proses untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
- sikap
sikap tidak yakin dengan keupayaan dan keebolehan usahawan untuk bersaing dengan pesaing terkenal di luar negara dan negara sendiri sering membantutkan hasrat usahawan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatannya di pasaran. apabila wujud sikap tidak yakin, ia akan menyebabkan usahawan tidak berani mengambil risiko untuk mengembangakan perniagaannya walaupun peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa sedia wujud.
- kekurangan maklumat
ramai usahawan memasuki pasaran antarabangsa tanpa maklumat yang mencukupi terutama maklumat berkaitan dengan polisi, prosedur, sistem percukaian dan lain-lain maklumat yang sama. usahawan tidak memahami persekitaran perniagaan di negara yang dimasuki akibat kekurangan maklumat.
-masalah kewangan
kekurangan untuk mendapat pinjaman dari institusi tempatan atau luar negara sering menghantui usahawan tempatan. masalah ini timbul mungkin disebabkan rekod kewangan lepas yang buruk seperti terlalu banyak hutang, rekod pembayaran yang tidak baik atau prestasi semasa perniagaan yang kurang memberangsangkan.
b) faktor budaya
budaya yang diamalkan oleh sesebuah negara berbeza dengan negara lain. perbezaan ini kadang kala menyebabkan seseorang usahawan itu gagal untuk memulakan perniagaan.
- bahasa
bahasa boleh dikategorikan kepada dua iaitu secara lisan dan bukan lisan. komunikasi dengan bahasa lisan sangat penting kerana bahasa yang digunakan di malaysia tidak sama dengan negara lain. salah faham mungkin akan terjadi jika bahasa yang digunakan disalahtafsirkan. iaiya akan memberikan kesan negatif kepada perniagaan usahawan.
- nilai dan adat resam
nilai adalah kepercayaan seseorang individu yang akan membentuk gelagatnya. pelanggan di malaysia mempercayai produk yang dihasilkan oleh syarikat jepun sangat berkualiti berbanding negara lain. ini secara tidak langsung akan menjejaskan peluang usahawan untuk menggalakkan pelanggan membeli produk yang dihasilkan oleh syarikat dari negara lain.
adat resam yang dipegang oleh sesebuah negara juga akan mempengaruhi perniagaan usahawan. di amerika syarikat, penduduknya mengamalkan minuman jus oren dan roti apabila bersarapan, manakala di malaysia, penduduknya lebih menggemari minuman kopi atau the tarik bersama nasi lemak atau roti canai.
- pendidikan
tahap pendidikan bakal pelanggan akan mempengaruhi penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. tahap pendidikan di jepun dan negara laos sangat jauh jurangnya. jadi, hanya sesetengah pelanggan sahaja yang mampu membeli produk dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi yang dikeluarkan oleh syarikat usahawan kerana mereka mungkin tidak tahu atau takut untuk menggunakannya.
Thursday, 30 October 2014
Peranan usahawan dalam dunia perniagaan
1) Memenuhi Keperluan & Kehendak Masyarakat
Usahawan-usahawan memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat. Mereka akan memberi barangan mengikut permintaan pasaran.
Mereka menyediakan barang-barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Barangan kehendak seperti alat komunikasi, gajet dan makanan mewah turut disediakan untuk memenuhi kehendak di dalam diri yang menginginkan keseronokan.
2) Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi
Usahawan-usahawan yang ada, menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan ekonomi masyarakat. Dalam masa yang sama, mereka meningkatkan ekonomi negara.
Secara tidak langsung, usahawan-usahawan telah membantu ekonomi negara dengan pendapatan kasar jualan jutaan ringgit setahun.
3) Meningkatkan Taraf Hidup
Dengan barangan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan, ia membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia. Sebelum ini, kita tidak dapat menduduki rumah ala 'cluster', sekarang sudah ada usahawan yang menyediakannya.
Teknologi sekarang semakin maju. Sebagai contoh, terdapat 'touchscreen' untuk pengguna telefon bimbit. Pada hari ini, kita dapat menggunakannya kerana usahawan telah membantu merealisasikannya.
cara memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat malaysia
Konsep dan Definisi Budaya Keusahawanan
(Ahmad Berek 1979) menjelaskan bahawa seseorang usahawan akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan kejayaannya.
Dia akan sentiasa memperbaiki mutu kerjanya dari segi kuantiti untuk mengatasi kebolehan dan keupayaan orang lain. Ketidakpuasan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sama ada oleh dirinya atau orang lain.
Seseorang usahawan mesti juga mampu mempengaruhi keadaan, persekitaran termasuk individu / institusi yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya.
Seseorang usahawan harus berupaya menyakinkan orang lain tentang idea barunya ataupun mempengaruhi rakan kongsi / institusi kewangan untuk menyumbangkan modal atau pinjaman bagi menjayakan rancangan barunya.
Usahawan juga perlu memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan.
Usahawan juga perlu meransang pekerja supaya mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja yang diberikan.
Peranan Kerajaan Dan Pihak Swasta Dalam Membangunkan Budaya Keusahawanan.
- Kerajan Malaysia menubuhkan beberapa agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan, pendidikan, kewangan bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk melahirkan lebih ramai usahawan. antaranya:
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
1 MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan, dan penyelenggaraan khidmat perundingan keusahawanan
2. Pusat ini mengendalikan program latihan untuk membantu usahawan seperti program :
a) Latihan dan kemajuan usahawan
b) Pembangunan Perniagaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- MARA ditubuhkan bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan dan perindustrian.
- memberi latihan dan khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan kewangan melalui Skim Pinjaman MARA.
Institut Piwaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)
- SIRIM memastikan barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang ditetapkan.
- Barang yang menepati piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM
- Menyampaikan maklumat tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi, pemprosesan sesuatu barang dan pasaran
- Menilai sesuatu keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
- PKEN ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan syarikat perbadanan berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan atau luar negara
- Membeli saham syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan
- Menyediakan ruang niaga di lokasi yang sesuai
UDA Holdings Berhad (UHB)
- UDA menyedia dan melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan, penempatan, perdagangan dan perindustrian.
- Menyediakan infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi dan ruang niaga.
Institut Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
- MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit)
- Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan hasil keluaran ladang serta makanan.
Peranan nilai, adat dan institusi keluarga dalam keusahawanan.
a) Pengalaman Semasa Kanak-kanak
i) Kesan pengalaman awal seperti bekerja keras, berdikari, dan gigih akan lebih cenderung untuk membentuk sifat keusahawanan.ii) Sifat keusahawanan muncul apabila individu cuba mengawal diri dengan jaya.
iii) Sentiasa mendapat peluang untuk menjadikan usaha satu kejayaan.
b) Desakan Ekonomi
i) Kaum pendatang yang berhijrah ke negara lain kerana peperangan, tekanan politik, ekonomi dan lain-lain.ii) Pendedahan yang luas kepada persekitaran yang lebih maju dan lebih ke hadapan akan mengilhamkan idea untuk membina semangat dan kemahuan untuk turut menjadi maju.
iii) Menghasilkan budaya berusaha gigih yang menjadi ikutan turun temurun.
c) Cara dibesarkan
i) Mengikut kajian, anak kepada usahawan mempunyai kecenderungan lebih untuk menjadi usahawan.ii) Faktor pendedahan semenjak kecil dan persepsi anak tentang keusahawanan dipengaruhi oleh pemikiran bapanya.
iii) Pendedahan harian kepada aktiviti berniaga boleh menimbulkan minat seseorang terhadap bidang perniagaan.
kesimpulan
rakyat malaysia harus mengetahui pelbagai langkah yang disarankan oleh kerajaan dan harus bermanfaatkan dengan langkah-langkah untuk menjadi usahawan yang berjaya.
usahawan yang baru boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan dengan mematuhi segala peraturan.
Sunday, 12 October 2014
Konsep Perniagaan Amigo shop
Kami telah menganalisis isu yang sering dikaitkan
dengan pelajar UUM untuk membangunkan idea perniagaan kami. Pada amnya, Pelajar
UUM suka membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu malam. Ramai
pelajar suka membuat ulang kaji pada waktu malam kerana tiada ganguan seperti
bunyi bising dan keletihan. Pelajar yang membuat tugasan pada waktu malam akan
senang mengalami kelaparan berbanding pelajar yang belajar pada waktu petang.
Apabila mereka mencari makanan untuk makan, mereka terpaksa memasak sendiri
didalam bilik seperti masak mee segere atau membuat teh. Ini akan mengambil
masa yang panjang. kadang-kadang mereka juga terpaksa menahan kelaparan kerana
tiada makanan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum semua kafe dan
kedai makanan dewan penginapan pelajar di UUM akan ditutup selepas pukul 11.00
malam.
Antara masalah yang ditimbul dari isu tersebut adalah
pelajar terpaksa menahan kelaparan pada waktu malam. Kelaparan ini menyebabkan
mereka menangguhkan tugasan tanpa menyiapkan dan mengantuk. Jika mereka ingin
menyimpan makanan yang beli pada waktu petang untuk dimakan pada tengah malam
kadang-kadang ia akan basi dan dan
kesejukkan. Pelajar yang tinggal di tingkat 3 dan keatas kadang-kadang malas
turun kafe untuk membeli makanan. Mereka memerlukan makanan ringan yang boleh
menambahkan tenaga untuk menyiapkan tugasannya pada waktu malam. Mereka lebih
suka jika makanan itu sampai ke pintu bilik mereka. Mereka memerlukan
memerlukan makanan yang boleh “menemani” mereka pada waktu malam.
Oleh itu, kami, ‘Amigo
shop’ menganalisis masalah dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan
perniagaan baru di UUM. Amigo Shop adalah sebuah perniagaan perkongsian yang
baru dengan jumlah pekongsi seramai 9 orang.
kami menjual makanan ringan yang boleh menarik minat pelanggan seperti agar-agar
dan aneka jenis kek yang terdiri daripada
pelbagai perisa seperti badam, coklat, krim putih dan buah-buahan. Resipi ini
adalah resipi yang unik dan berbeza daripada orang lain. Inti yang telah
diletakkan diatas kek dan agar-agar telah dipilih oleh pelanggan. kami akan
menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan minat pelanggan. Kami akan
menyediakan servis penghantaran dari bilik ke bilik kepada pelajar yang membuat
pesanan kepada kami. Produk makanan kami akan menemani pelajar pada waktu
malam. Ia akan memberi tenaga kepada pelajar terus berjuang sehingga menyiapkan
tugasannya. Suatu kajian di Amerika telah membuktikan coklat meningkat daya
keingatan palajar dan menghilangan rasa mengantuk semasa palajar. Produk kami
membantu pelajar untuk menghilangkan rasa tidur dan memberi semangat kepada
mereka. Harga bagi setiap makanan ringan adalah murah dan boleh dibeli oleh
pelajar. Kami tidak akan mengenakan caj penghantaran. kami akan menyediakan
produk yang diyakini halal berlandaskan motto “bersih dan diyakini”.
Visi “Amigo
Shop” adalah menjadi teman sejati pelajar pada waktu malam. Makanan ringan
kami seperti aneka jenis kek dan agar-agar akan membantu menemani pelajar yang
menyiapkan tugasan pada waktu malam. Ia juga menyelamatkan mereka daripada
kelaparan. Misi “Amigo Shop” adalah menarik minat pelanggan melalui pengahantaran
bilik ke bilik. Kami akan menentukan ejen di setiap dewan penginapan
pelajar untuk mengagihkan produk kami
supaya cepat sampai kepada tangan pelanggan. Misi kedua adalah memuaskan
pelanggan pelanggan dengan pilihan mereka sendiri. Kami akan menyediakan kek
dan agar-agar dengan mengunakan inti yang dipilih oleh pelanggan. Produk kami
adalah produk yang menyesuaikan dengan minat pelanggan. Antara menu makanan
ringan yang terdapat di “Amigo shop” adalah “Thousand taste”, “Jelly crash”, “Chocolate
marilo”, dan “ Delightful missisipi dan sebagainya.
Saturday, 11 October 2014
ULASAN MENGENAI VIDEO
Saya
ingin menerangkan kandungan video dengan lebih mendalam supaya pembaca dapat
mengetahui cara- cara meningkatkan perniaagan anda. Video ini mengenai tentang
dua orang usahawan yang berusaha untuk memasarkan dan mengembangkan produk
mereka di negaranya.
Pada
mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”, disebabkan ianya susah
untuk disebut, namanya ditukar kepada Aqua. Pengarah Aqua telah menghantar
kawan-kawannya ke Pangkor untuk membelajari tentang cara- cara memproseskan
produk tersebut kerana Negara Jepun tidak mempunyai kemudahan yang lengkap pada
masa itu. Mereka telah mengalami masalah untuk menyampaikan kepada pelanggan
apabila produk-produknya telah siap. Jualan Aqua tidak mantap kerana tidak
mendapat sambutan daripada pelanggan. Selepas tiga tahun, semua ahli lembaga mengadakan
mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga sebanyak 30%. Langkah itu telah membuahkan hasil kepada
mereka. Langkah ini mengaut keuntungan yang besar kepada perniagaan Aqua. Tambahan
pula, pekerja- pekerja yang dah bersara dan pesaing kepada perniagaan Aqua
telah mengucapkan tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun
yang ke-40.
Video
keduanya mengenai kejayaan pengusaha Jepung menjelaskan proses pembangunan
produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”. Idea ini dihasilkan oleh seorang penyelidik di
organisasi itu yang melawat di Mexico. Negara Mexico mempunyai masalah air
bersih dan ianya menjadi dorongan kepada pengusaha Jepung untuk menghasilkan
minuman yang bersih dan berkhasiat kepada pelanggan. Mereka telah mengeluarkan
sejenis minuman yang menambahkan air dalam badan manusia apabila ianya
berkurang akibat musim panas. Keistimewaan minuman ini adalah ianya memberi
tenaga kepada pelanggan dan pelanggan sentiasa aktif walaupun pada musim panas.
Tambahan pula, keenakan dan rasa minuman ini hanya dapat dirasakan apabila
pelanggan telah letih dan dahaga. Pada tahap awal, Minuman ini mendapatkan
sambutan yang kurang baik daripada pelanggan kerana pelanggan tidak dapat merasai
keenakan minuman tersebut. Jadi penguasaha Jepung memasarkan air minuman mereka
dengan memberi percuma kepada ramai pelanggan. Strategi ini adalah untuk
menembusi pasaran untuk produk mereka. Pada awalnya, mereka mengalami jumlah
kerugian yang banyak tetapi produk mereka dapat menarik minat pelanggan baru. Pada
musim panas, produk bernama “pocari sweat” mendapatkan sambutan yang baik
daripada pelanggan dan pengusaha Jepung telah mendapatkan keuntungan sebanyak
tiga kali ganda.
Strategi
perniagaan
Kedua-dua
perniagaan ini menggunakan strategi perniagaan yang berbeza untuk mendapatkan
pelanggan. Perniagaan Aqua telah meningkatkan harga produk mereka untuk menarik
perhatian perhatian. Apabila harga produk mereka meningkat, pelanggan mula
membeli produk tersebut. Pada masa yang
sama, ia juga memberi pulangan yang bagus kepada perniagaan Aqua walaupun
kuantiti produk yang dijual adalah kecil.
Manakala, pengusaha Jepung memasarkan produk
mereka dengan mengedarkan minumannya dalam kuantiti besar di merata- rata
tempat. Mereka telah menembusi pasaran untuk menarik perhatian pelanggan. Pekerja-pekerja
dari jabatan pemasaran pengusaha Jepung telah memasarkan produk mereka di
kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti padang,pusat sukan, gim, tempat
permainan dan sebagainya. Pada tahap awal, strategi ini tidak dapat kesan yang
baik malah merugikan perniagaan mereka. Tetapi permintaan minuman “poceri sweat’
mendapatkan permintaan yang banyak daripada pelanggan dan ianya menguntungkan
kepada perniagaan mereka.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya,
usahawan telah menggunakan dua strategi yang berbeza untuk mencapai produk
mereka ke tangan pelanggan. Walaupun dua perniaagan ini mempunyai produk
sejenis iaitu minuman, usahawan telah menggunakan strategi yang berbeza mengikut
kapasiti perniagaan mereka. Dengan ini, usahawan yang akan lahir boleh
menjadikan video ini sebagai panduan untuk mendapatkan pasaran dan
mengembangkan perniagaan mereka.
Tolong menonton video ini. video ini mengandungi banyak maklumat untuk mengetahui strategi- strategi perniagaan daripada beberapa usahawan.
saya akan memuat naik ulasan untuk video ini dengan secepat mungkin supaya pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam.
http://www.youtube.com/watch?v=EeFMWJgcpnI
Subscribe to:
Posts (Atom)